RPH Terang & Gelap DST Tahun 2

6:42 AM 0 Comments A+ a-

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
Mata pelajaran                      : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas                                       : 2 Amanah
Tarikh                                    : 23 Mac 2016
Masa                                       : 8.30 pagi – 9.30 pagi (60 minit)
Bilangan murid                     : 40 orang
Bidang pelajaran                   : Terang dan Gelap
Objektif pembelajaran         :
1.      Menganalisis keadaan terang dan gelap
2.      Mengaplikasikan pengetahuan tentang bayang-bayang.
Hasil pembelajaran               : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1.      Menerangkan bagaimana bayang-bayang terhasil melalui aktiviti.
2.      Mencipta permainan bayang-bayang.


Kaedah pengajaran: Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme secara kooperatif.

Kemahiran saintifik
 1.      Memerhati
2.      Membuat inferens
3.      Meramal

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)
1.      Mencirikan
2.      Membanding dan Membeza

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
 Minat dan bersifat ingin tahu terhadap alam sekeliling.
2.      Bekerjasama dalam kumpulan.
3.      Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan.

Senarai konsep.

1.      Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya terkena objek legap.
2.      Bentuk bayang-bayang adalah sama dengan objek.
3.      Warna bayang-bayang berwarna hitam.

  
Bahan bantu mengajar dan belajar.

1.      Projektor LCD
2.      Video
3.      Kertas eva foam
4.      Tong bercahaya
5.      Lidi sate
6.      Pensel
7.      Gunting
8.      Selofan tape
9.      Buku kerja
10.  Kamus bergambar

Langkah berjaga-jaga :
Murid diingatkan supaya menggunakan peralatan gunting dan lidi sate dengan berhati-hati supaya tidak terluka.
Pengetahuan sedia ada murid:
1.      Murid telah mengetahui bahawa objek yang mengeluarkan cahaya dikenali sebagai sumber cahaya.

2.      Murid telah boleh membezakan keadaan terang dan keadaan gelap.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti PdP
Nota
Set induksi
(5 Minit)
Video tarian bayang-bayang
1.     Murid menonton video yang ditayangkan oleh guru.
2.     Guru menyoal murid tentang tayangan video yang ditonton.
3.     Murid memberitahu video adalah tentang tarian bayang-bayang.
Video
Slaid Persembahan Bayang-bayang
Kaedah penyoalan terbuka
Pencetusan idea
(5 Minit)
Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya terkena objek legap.


1.      Guru bertanya tentang sumber-sumber cahaya yang diketahui oleh murid.
2.      Murid menyenaraikan sumber-sumber cahaya yang diketahui.
3.      Dengan menggunakan lampu LCD, guru meletakkan buku di antara lampu dan skrin.
4.      Murid menyatakan bayang-bayang terbentuk pada skrin.
5.      Aktiviti di ulang dengan menggantikan buku dengan pen.
Strategi: Penyoalan secara terbuka.

SPS: Memerhati.
Penstrukturan semula idea
(28 Minit)
Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya terkena objek legap.


Bentuk bayang-bayang adalah sama seperti objek.

Warna bayang-bayang adalah hitam



Boneka dihasilkan daripada kertas yang legap.




1.      Beberapa orang murid mengulang aktiviti yang ditunjukkan oleh guru dengan pensel, pemadam, kotak pensel lidi sate dan botol air.
2.      Seorang murid membuat aktiviti yang sama dengan menggunakan objek lutsinar (plastik).
3.      Guru menerangkan bayang-bayang tidak akan terhasil jika objek adalah lutsinar.
4.      Penerapan nilai tentang kepentingan bayang-bayang dalam kehidupan dengan menghubung kaitkan kepesatan pembangunan terhadap alam sekitar.
5.      Ketua kumpulan  diminta memilih kad jenis boneka (haiwan, tumbuhan, pakaian, kenderaan, buah-buahan, sayur-sayuran, sumber cahaya, alatulis, objek di dalam kelas, objek di luar kelas) daripada guru.
6.      Murid menghasilkan boneka dengan menggunakan kertas eva foam yang diberikan oleh guru mengikut kumpulan masing-masing.
7.      Murid melukis ramalan bayang-bayang boneka masing-masing.

Strategi : pembelajaran kooperatif


Nilai murni : Bekerjasama dalam kumpulan.

SPS: Memerhati, Membuat inferens,
Meramal

Penerapan nilai tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan mengaitkan cuaca panas melanda negara.
Persembahan
(17 Minit)
Penilaian

1.      Guru menunjukkan cara untuk menggunakan tong bercahaya.
2.      Setiap kumpulan tampil bergilir-gilir untuk bermain dengan bayang-bayang dan menilai sama ada bayang-bayang yang terhasil adalah sama dengan ramalan mereka.
3.      Kumpulan lain meneka bayang-bayang apakah yang terhasil.
4.      Guru membuat penilaian berdasarkan aktiviti murid.
Strategi: Perbincangan.

SPS: Membuat inferens

Guru membuat penilaian secara pemerhatian dengan menanda pada senarai semak.
(Lampiran 1)
Penutup
(5 Minit)
Konsep bayang-bayang:

Bayang-bayang terhasil apabila cahaya terkena objek legap dan lutcahaya.

Bentuk bayang-bayang adalah sama dengan objek.
Soal jawab tentang PdP yang dijalankan.
Murid menjawab soalan secara lisan.

Kaedah penyoalan terbuka:
a.       Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?
b.      Apakah ciri-ciri bayang-bayang yang terbentuk?
c.       Adakah murid-murid berasa seronok bermain permainan bayang-bayang.